Tuesday, April 5, 2011

Aduhai Isteriku part 5

Semuanya rapi seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Dasar perempuan jalang, tahu sahaja menyembunyikan tahi yang diberakkan di tengah jalan tadi.

Dan pada malam itu saya biarkan isteri saya tidur sendirian. Saya tidur menemankan anak saya didalam bilik anak saya walau pun pada malam itu, selepas isteri saya mandi, dia minta disetubuhi.

Saya beri alasan saya penat, sedangkan saya tahu niatnya, untuk menyembunyikan angkara perbuatannya tadi. Manalah tahu jika ianya membuahkan hasil, sekurang-kurangnya dia dapat meyakinkan bahawa hasil itu adalah dari benih saya.

Sudahlah, saya dah menjangkakan semua kemungkinan dan muslihat itu setelah melihat apa yang dia lakukan tadi.

Pada keesokkannya, hari sabtu. Saya dan isteri tidak bekerja. Saya ambil kesempatan itu untuk memasukkan apa yang saya rakamkan malam tadi ke dalam CD menggunakan laptop saya secara sembunyi-sembunyi.

Saya lakukannya di dalam kereta agar tidak diketahui oleh sesiapa. Kemudian, pada sebelah petangnya saya berbincang bersama isteri saya berdua di dalam bilik. Saya bertanyakan adakah dia sudi jika saya menceraikannya jika dia sudah mempunyai lelaki yang lebih baik dari saya.

Dia menyangkal kata-kata saya dengan mengatakan saya kuat cemburu dan dia meyakinkan saya bahawa tiada insan lain dalam hidupnya melainkan saya sorang.

Kemudian saya katakan kepadanya, bagaimana jika saya ada bukti yang menunjukkan bahawa dia berbohong. Pada ketika itu air muka isteri saya mula berubah.

Tetapi dia sengaja mengalihkan cerita. Saya yang sudah tidak dapat bersabar terus mengarahkannya mengemas pakaian dan memberitahu bahawa kami akan pulang ke rumah ibu bapanya pada hari itu juga. Isteri saya terkejut dengan tindakan saya. Kemudian dia mula menanyakan berbagai soalan.

Dari nada suaranya saya tahu, dia sedang dalam keresahan.

Dia takut saya dapat menghidu perbuatannya. Saya terpaksa meninggikan suara akibat terdorong rasa marah yang teramat sangat. Tak pernah saya bersikap sebegitu selepas kawin cuma pada hari bersejarah itulah saya bertukar rupa sebentar.

Kemudian saya meminta anak saya mengemas pakaiannya dan memberitahu bahawa kami akan pulang ke kampung. Bukan main gembira anak saya, dapat berjumpa atuk dan neneknya yang dirindui. Tetapi hati saya menjadi sebak melihat telatah anak saya. Seorang anak kecil yang mash tidak mengerti erti hidup.

Anak saya seakan mengetahui hati saya. Tiba-tiba dia berhenti melompat kegirangan dan dia terus menuju kepada saya sambil bertanya kenapa dengan saya. Kenapa saya nampak sedih. Saya berkata saya letih tetapi anak saya kata saya tipu.

Dia seboleh-boleh minta saya beritahunya kenapa perwatakan saya tidak seperti biasa. Saya menjadi teramat sebak. Seorang anak kecil menjadi terlalu perihatin dengan papanya. Mengalir air mata saya. Saya peluk anak saya, saya cium dia.

Saya beritahu dia bahawa nanti bila sampai rumah atuk dia akan tahu. Anak saya hanya mengangguk dan terus masuk kebiliknya mengemas pakaian selepas diminta oleh saya

bersambung "Aduhai Isteriku part 6" pada 12 April

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pandang


Do you know what your wife is up to when you’re at work?

Sandcastle Art and Biggest Sandcastle in the World

Gambar seorang perempuan dari agen playboy


Biarpun tidak berbaju, masih menawankan?