Tuesday, April 12, 2011

aduhai isteriku part 6

Dalam perjalanan kami tidak banyak berbual. Saya hanya menumpukan perhatian pada jalan raya dan hilang selera saya untuk berbual bersama isteri. Isteri saya tidak habis-habis bertanyakan kenapa saya membisu dan tidak banyak bercakap.

Tetapi saya hanya diam. Cuma celoteh anak saya yang membuatkan saya kadang-kadang tertawa kecil.

Sampai di rumah mertua saya, mereka sungguh gembira melihat anak, menantu dan cucunya pulang. Terasa seperti tidak sampai hati untuk saya meluahkan apa yang terbuku di hati saya kepada mereka.


Sehinggalah pada keesokkannya, selepas solat zohor saya meminta kedua-dua mertua saya dan isteri saya duduk di ruang tamu untuk membincangkan satu perkara.

Isteri saya kelihatan tenang dan saya tahu, itu hanyalah luaran sahaja, sedangkan hatinya lebih berkecamuk dari apa yang saya alami sekarang.

Saya suruh anak saya masuk ke bilik mak usunya bermain komputer bersama mak usunya. Kemudian bapa mertua saya bertanya, apakah hajat sebenarnya saya memanggil mereka. Apakah perkara yang hendak dibincangkan.

Saya seperti hendak menangis ketika saya bertanyakan kepada mereka, apakah pendapat mereka jika saya pulangkan kembali isteri saya kepada mereka.

Mereka terkejut, begitu juga isteri saya. Kemudian mereka bertanya, apakah salah anak mereka sehingga saya ingin mengambil keputusan sebegitu rupa. Begitu berat saya hendak meluahkan. Saya terdiam tidak terkata.

Setelah berkali-kali dihujani soalan kenapa dan mengapa, akhirnya saya mengatakan bahawa isteri saya sudah ada yang lain dan telah pun berzina dengan disaksikan oleh mata saya sendiri.

Mengucap panjang mertua saya. Mereka terus bertanyakan kepada isteri saya. Isteri saya menafikan sesungguh-sungguhnya sambil memeluk ibunya.

Tidak cukup dengan itu, isteri saya terus mengatakan bahawa saya kuat cemburu dan mengatakan dia memang selalu pulang lewat malam tetapi atas urusan tugas, bukan bermesra dengan orang lain.

Mertua saya bertanyakan soalan bertalu-talu kepada saya dan isteri saya sehinggalah saya sudah tidak dapat bersabar terus saya pergi ke kereta, mengambil CD dan saya pasangkannya di VCD player yang terletak di ruang tamu.

Mertua saya mengucap tidak henti-henti setelah melihat apa yang ditayangkan dihadapan mata mereka. Rakaman kecurangan anak mereka bermain di hadapan mata mereka. Isteri saya hanya menundukkan kepala sambil menangis teresak-esak.

bersambung "Aduhai Isteriku part Akhir " pada 19 April

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pandang


Do you know what your wife is up to when you’re at work?

Sandcastle Art and Biggest Sandcastle in the World

Gambar seorang perempuan dari agen playboy


Biarpun tidak berbaju, masih menawankan?