Tuesday, March 15, 2011

Aduhai Isteriku part II


Kesangsian saya mula memuncak bila terbaca mesejnya. Ianya berbunyi begini. “Lepas kerja tunggu kat tempat biasa”. Hati saya mula bergelora dan fikiran mula bercelaru. Tapi saya tahankan dan cepat-cepat padam mesej tu dan letakkan kembali handphone tu di tempatnya. Perlahan-lahan saya keluar dari bilik dan bersarapan.

Semasa saya bersarapan isteri saya siap mandi dan kemudian dia bersarapan bersama-sama saya. Saya cuba tahankan perasaan saya ketika itu dan buat macam tidak ada apa-apa yang berlaku. Kemudian kami pergi kerja menaiki kereta masing-masing.

Sebelum itu, saya bawa bersama view cam untuk digunakan sebagai pengumpul bukti. Anak saya bertanya kenapa saya membawa view cam ketika saya menghantarnya ke sekolah. Saya terpaksa berbohong kepadanya dengan mengatakan bahawa saya perlukannya untuk merakam aktiviti syarikat.
Pada waktu petang, waktu yang dinantikan telah tiba. Saya menantikan kelibat isteri saya selepas waktu kerja dengan menunggu di sekitar hadapan pejabatnya di dalam kereta yang saya pinjam dari rakan. Saya tidak boleh gunakan kereta saya, takut isteri saya perasan.

Sebelum itu, saya telefon rumah saya untuk pastikan anak saya selamat pulang dari sekolah, orang gaji saya memberitahu anak saya sedang membuat kerja sekolah. Sejuk hati saya mendengar berita itu. Tetapi hati saya bergelora kembali apabila terlihat isteri saya keluar dari pejabatnya dan terus menuju ke arah kereta yang tidak saya kenali. Nampaknya kereta tersebut telahpun menunggu isteri saya sebelum saya sampai.

Saya perhatikan kereta tersebut meninggalkan perkarangan pejabat isteri saya. Dengan berhati-hati saya ekori kereta tersebut dalam jarak yang selamat. Tiba-tiba handphone saya berdering, rupanya isteri saya telefon saya. Saya pelik, adakah dia dapat menghidu perbuatan saya. Saya jawab panggilannya dan hati saya hancur apabila dia memberitahu bahawa pada hari itu dia balik lewat dan ada meeting katanya. Bila saya tanya dia berada di mana, dia kata sedang bekerja di pejabat. Sungguh pilu hati saya melihat isteri saya berbohong di hdapan saya sendiri.

Saya perhatikan kereta tersebut meninggalkan perkarangan pejabat isteri saya. Dengan berhati-hati saya ekori kereta tersebut dalam jarak yang selamat. Tiba-tiba handphone saya berdering, rupanya isteri saya telefon saya. Saya pelik, adakah dia dapat menghidu perbuatan saya. Saya jawab panggilannya dan hati saya hancur apabila dia memberitahu bahawa pada hari itu dia balik lewat dan ada meeting katanya. Bila saya tanya dia berada di mana, dia kata sedang bekerja di pejabat. Sungguh pilu hati saya melihat isteri saya berbohong di hdapan saya sendiri.

Saya kuatkan semangat ingin membongkar apa sebenarnya yang terjadi dengan isteri saya. Saya ekori hingga ke sebuah restoran yang terkenal. Saya lihat isteri saya keluar dari kereta dan menuju ke restoran berkenaan bersama seorang lelaki yang saya rasa jauh lebih muda dari isteri saya. Mereka kemudiannya masuk dan saya nampak mereka memilih meja makan yang memudahkan untuk saya memerhatikan mereka.

Hampir 3 jam saya lihat kemesraan mereka berdua. Kadangkala saya nampak lelaki itu seperti membetulkan tudung isteri saya dan mereka kadangkala ketawa kecil. Entah apa yang mereka bualkan saya pun tidak tahu. Berdosa saya pada hari itu kerana telah meninggalkan solat Asar dan Maghrib semata-mata mencari kebenaran

bersambung "Aduhai Isteriku part III" pada 22 Mac

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pandang


Do you know what your wife is up to when you’re at work?

Sandcastle Art and Biggest Sandcastle in the World

Gambar seorang perempuan dari agen playboy


Biarpun tidak berbaju, masih menawankan?