Tuesday, March 8, 2011

Aduhai Isnteriku Part 1

Kepada sekalian pembaca, khususnya kaum suami. Bacalah kisah hidup saya untuk dijadikan sebagai peringatan. Sebelum itu biar saya terangkan background saya sebagai pengenalan. Saya bekerja sebagai seorang ketua eksekutif di sebuah syarikat swasta. Isteri saya bekerja sebagai juru audit di sebuah syarikat swasta juga. Kami mempunyai seorang anak perempuan yang kini berumur 13 tahun, wajahnya secantik ibunya dan hidungnya matanya dan pipinya mirip saya. Dialah buah hati saya dunia dan akhirat.

Semuanya terjadi pada dua tahun lepas selepas hari raya haji. Saya perhatikan sikap isteri saya tak macam biasa. Dah lebih 10 tahun kami bersama takkan saya tak dapat kesan perubahan sikapnya. Mana tidaknya, kadangkala saya sembunyi-sembunyi perhatikan tingkah lakunya. Saya lihat dia semakin gemar membawa handphonenya kemana-mana walau ke bilik air. Saya cuba nak mintak dan nak lihat handphonenya tetapi berjuta alasan yang dia berikan. Dalam fikiran saya dah terfikir macam-macam. Saya cuba selami apa yang dia alami tetapi gagal. Nampak seperti dia menyembunyikan sesuatu dan layanannya juga tidak seperti dulu.

Kalau dulu, bila saya buat lawak, pasti dia yang akan ketawa dahulu walau pun cerita yang saya nak ceritakan belum habis lagi, tapi kini, setakat ketawa kecil untuk ambil hati saya. Itu baru soal sosial, belum lagi soal atas katil. Kalau dalam sebulan tu, dalam 5 kali yang saya minta cuma sekali yang saya dapat. Itu pun rasa macam buat dengan patung. Kalau dulu, bila saya mintak 5 kali, 8 kali pun dia sanggup walaupun dia sampai susah nak bangun pagi tapi sekarang nyata berbeza.


Sampailah satu hari, mungkin tuhan kabulkan setiap doa saya dalam solat supaya diberi petunjuk dalam menghadapi situasi macam ini. Isteri saya pergi mandi dan tertinggal handphonenya dalam laci di dalam bilik. Saya yang sedang bersiap nak pergi kerja terdengar handphonenya berbunyi mesej diterima. Terus saya buka laci dan capai handphonenya dan buka peti mesejnya. Tiada nama yang terpapar, cuma nombor sahaja. Saya cepat-cepat catat nombor handphone yang tertera ke dalam organizer. Kemudian saya baca isi mesej

Bersambung "Aduhai Isteriku part II" pada 15 Mac

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pandang


Do you know what your wife is up to when you’re at work?

Sandcastle Art and Biggest Sandcastle in the World

Gambar seorang perempuan dari agen playboy


Biarpun tidak berbaju, masih menawankan?